View indah di hari pertama saya untuk semester baru kelas hafazan KHFR. Hahaha.. sebenarnya pembelajaran kami tidak dibahagikan kepada beberapa semester, saya saja yang memandai buat semester sendiri 🤣🤣🤣
Tak sangka, bulan ni bulan ke-12 saya dalam kelas hafazan. Sempena semester baru ni, terasa mahu recap perjalanan saya sepanjang semester lepas untuk kenangan sendiri di masa akan datang.
02/07/2020 : Kelas hafazan bermula dengan surah Al-Baqarah
02/11/2020 : Mula sabaq surah Ali-Imran
04/01/2021 : Memulakan tahun baru dengan hafalan surah Al-Kahfi
01/02/2021 : Mula sabaq surah An-Nisaa'
09/04/2021 - 31/05/2021 : CUTI SEMESTER SENDIRI 🤭
Untuk semester kedua ini, saya tidak merancang untuk menambah hafalan baru. Saya perlu kunyah lumat dulu kesemua 9 surah yang telah dihafal sehingga betul-betul lancar macam baca Al-Fatihah.
✅ Al-Baqarah
✅ Ali-Imran
✅ An-Nisaa'
✅ Al-Kahfi
✅ As-Sajadah
✅ Ar-Rahman
✅ Al-Waqi'ah
✅ Al-Mulk
✅ Al-Insan
Jujurnya, perjalanan ini bukan mudah namun tidak juga mustahil dengan pertolongan Allah. Jatuh, bangun, berperang dengan nafsu sendiri... itu lah jalannya.
Doakan saya ya. Semoga post ini dapat memberi inspirasi buat kawan-kawan lain untuk sama-sama menjadikan Al-Quran sebagai sahabat baik kita sehingga hujung nyawa. Insya-Allah.. 🥰
0 Comments