Pada usia 12 tahun, saya cakap pada dia, "saya tidak suka nama 'solehah'. Tiada nama lain kah?"
Dia jawab, "Ini lah nama terbaik untuk kau, nak".
Pada usia 16 tahun, saya cakap pada dia, "saya tidak mau jadi ustazah, saya mau pindah sekolah sains".
Dia diam menuruti.
Sejak itu, keputusan demi keputusan dibuat mengikut kata hati sendiri, dia tidak pernah menghalang. Sehingga lah bila pilihan hidup semakin mengelirukan, saya terduduk di persimpangan.
Saya mula merindui zaman kanak-kanak. Di mana masa itu pilihan hanya A atau B. Sehingga suatu malam, sebelum tidur saya berdoa,
"Ya Allah.. apakah perkara yang buat saya bahagia masa umur saya 4 tahun?".
Masya-Allahu la quwwata illa billah..
Malam itu, saya bermimpi melihat seorang kanak-kanak perempuan berusia 4tahun sedang berjalan di dalam gelap gelita menuju ke surau berdekatan. Saya mengekorinya dari belakang, tertanya-tanya apa yang membuatkan anak kecil ini begitu berani berjalan sendirian di waktu malam?
Di surau, saya melihat dia sedang bertalaqqi, mengaji Al-Quran dengan pakciknya. Rupa-rupanya itu lah aktiviti kegemaran yang paling ditunggu-tunggu olehnya setiap hari.
Saya terjaga dalam senyuman. Ya Allah.. Terima kasih kerana menjawab doa saya sebelum tidur semalam 🥰
Sejak itu, saya mula mendekati semula Al-Quran yang telah hampir 20 tahun ditinggalkan. Alhamdulillah.. Allah mempermudahkan semuanya.
Allah temukan saya dengan guru tadabbur.
Allah temukan saya dengan guru tahsin.
Allah temukan saya dengan guru hafazan.
Semuanya berlaku dalam tahun yang sama.
Suatu hari, ketika sedang mencuci pinggan mangkuk sambil mendengar rakaman tadabbur surah Ibrahim. Tiba-tiba imaginasi saya membawa saya ke dalam suasana Mahsyar.
"Wahai manusia yang bernama Abby Misaha.. datang ke depan untuk pengadilan!"
Begitu nama saya dipanggil, saya terus tersedar dari khayalan.
"Abby Misaha? Saya tiada nama lain yang lebih baik kah? Nama yang ada dalam Al-Quran?"
Saat dan ketika itu lah saya cepat-cepat bersihkan tangan yang bersabun, capai handphone dan terus menukar nama Facebook saya sebagai Solehah Misaha 😊
Alhamdulillah.. setelah sekian lama saya menafikan nama yang indah ini, siapa sangka ia adalah azimat ajaib peninggalan seorang ayah.
Semalam, sekali lagi saya bergelut dengan gelaran "ustazah". Serta merta, tragedi hitam yang pernah berlaku lebih 20 tahun yang lalu bermain semula di layar fikiran.
"Saya bukan ustazah".
"Saya tidak layak jadi ustazah".
Rupa-rupanya selama 20 tahun ini saya hidup dengan zikir ini. Sedangkan, ramai orang sangka saya "ustazah" dan setiap hari semakin bertambah orang yang memanggil saya "ustazah".
Ya Allah.. sumpahan apakah ini?
Saya tidur dalam kekeliruan.
Sepanjang malam saya mimpi ayah.
"Solehah.. Sampai bila kau cuba menafikan bahawa ini bukan sumpahan. Itu lah doa dari ayah mu".
Saya tersedar dan terus menangis merindukan sang ayah. Baru saya tahu, rupa-rupanya merindui orang yang sudah tiada itu tidak sama sakitnya merindui orang yang fizikalnya ada, tetapi fikirannya tidak mampu mengerti apa yang berlaku di persekitaran.
Kalau lah boleh ku capai hati mu..
Kalau lah Allah izinkan kau sedar walau sesaat..
Aku hanya mahu menyatakan..
Ampunkan segala kejahilan ku..
Dan terima kasih kerana menjadi ayah terbaik untuk ku..
"Saya rindu dady"..
Mohon doakan yang baik-baik saja buat ayah saya. Dia disahkan menghidap dementia sejak tahun 2010. Apapun, saya tetap bersyukur kerana dia masih ada bersama kami 🥰
0 Comments