Perjalanan Spiritual Ku

Sebelum saya kenal Al-Quran, saya banyak terdedah kepada philosophy Barat. 

"Mistakes make us human".
"It's okay to make mistakes".
"Don't be afraid to make mistakes".
"If you're not making mistakes, it means you're not trying hard enough".

Ini antaranya yang terkenal yang terkait dengan 'making mistakes'.

Dibesarkan oleh seorang ayah yang tegas, yang sangat marah bila anaknya berbuat silap, saya menjadi seorang manusia yang alergik pada kesilapan. 

Buktinya boleh dilihat pada keputusan-keputusan exam sejak sekolah rendah sehingga lah ke sekolah menengah. Saya sangat takut kalau result tak memuaskan hati ayah saya. Dan tanpa sedar, saya menganggap result ini lah bukti kematangan saya dalam mendepani kehidupan.

Masuk ke alam pekerjaan, saya jumpa philosophy Barat berkenaan 'making mistakes' ini. Lama saya merenung masa silam, kemudian saya berkata pada diri..

"Ya.. memang ramai manusia buat mistakes. Tapi, bukan saya. Hidup saya perfect!".

Huhu.. itu lah saya sebelum ini. Dengan kejayaan-kejayaan yang diperolehi samada dalam pelajaran, kerjaya mahupun bisnes, saya merasa sudah cukup bijak membuat keputusan sendiri tanpa perlukan nasihat orang lain.

Walhal, kesilapan paling signifikan telah pun saya lakukan seawal usia 16 tahun, ketika saya memujuk ayah untuk pindahkan saya dari sekolah aliran agama ke aliran sains kerana beranggapan bahawa subjek agama terlalu mudah, senang skor dan tidak mencabar minda langsung.

Kesilapan itu lah yang membawa saya dari satu kesilapan ke satu kesilapan yang lain sepanjang 20 tahun kehidupan, sebelum akhirnya saya penat dan lelah mengejar kejayaan dunia yang tiada penghujungnya.

Sedangkan, ujian hidup semakin complicated, tidak pula semakin mudah dan tenang.

Namun, disebalik semua kesilapan yang tidak disedari ini, Allah yang Maha Pengasih itu memberikan saya kesungguhan dalam menggali ilmu pengetahuan. Mungkin kerana saya alergik berbuat silap, maka saya suka belajar apa saja bagi mengelak diri melakukan kesilapan.

Dari sekecil-kecil kelas sehingga seminar-seminar grand, dari kelas percuma sehingga seminar yang maharnya 2-4 angka, saya tidak pernah berkira dalam menuntut ilmu. Namun, kebanyakannya berkisar tentang kewangan dan perniagaan, bagaimana untuk menjadi jutawan dunia? 

Saya fikir saya berada di landasan yang betul bila guru-guru itu mengajar bagaimana solat Dhuha, surah Al-Waqiah dan zikir-zikir tertentu itu boleh menjadikan kita kaya.

Astaghfirullahal azim..

Sehingga lah saya dapati bahawa rupa-rupanya kekayaan ini bukan lah sumber kebahagiaan dan ketenangan. Rupa-rupanya semakin kaya, semakin bertambahnya komitmen. Walau kita mampu beli apa saja tanpa memandang tag harga, namun kita takkan mampu membeli kebahagiaan dan ketenangan.

Influencer Barat ada menyebut..

"Money can't buy happiness, but it's better crying in a BMW than on a bicycle".

Tengok betapa liciknya mereka mahu mempengaruhi kita untuk melihat kekayaan ini sebagai satu-satunya sumber kekuatan.

Sebenarnya.. the best place to cry is on Sejadah, ketika airmata keinsafan mengalir deras mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah semata-mata. Sedangkan, tangisan manusia di dalam BMW itu pastinya tangisan yang penuh kekecewaan terhadap makhluk kerana tidak mendapat penghargaan seperti yang diinginkan.

Ketika saya tercari-cari jawapan, kenapa saya belum merasa puas? Apa lagi ilmu yang belum saya kuasai? Ketika itu lah Allah hadirkan sebuah seminar yang berkait tentang bagaimana mencipta kehidupan yang lebih tenang.

Penggunaan istilah 'tenang' ini menarik ramai usahawan, termasuk saya untuk berebut-rebut masuk ke seminar itu. Dan ternyata content-nya juga lebih kepada philosophy Barat yang sudah sebati dalam jiwa. Saya malah sanggup menghadiri seminar ini beberapa kali demi ingin mencapai ketenangan yang diharapkan.

"Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah memudahkan untuknya jalan menuju Syurga." - Hadith Riwayat Muslim. 

Ramai beranggapan bahawa hanya ilmu agama sahaja yang boleh mendekatkan kita kepada Allah.

Namun, dari pengalaman saya, ternyata Allah tidak pernah mensia-siakan setiap usaha kita dalam mencari ilmu dan kebenaran. Dari ilmu dunia, akhirnya saya jumpa semula ilmu akhirat yang dulu saya pandang mudah, senang skor.. baru lah saya tahu di situ lah sumber ketenangan dan kebahagiaan hidup yang saya cari selama ini.

Antara formula Barat yang dikongsikan di dalam seminar 'tenang' ini ialah teknik Time Travel, iaitu teknik membayangkan diri kembali ke usia 4 tahun. Kerana pada umur ini, majoriti manusia sedang berbahagia dengan 'hobi' mereka dan belum kenal lagi apa itu derita dan kecewa.

Melalui teknik ini lah saya dapati bahawa rupa-rupanya, pada usia 4 tahun dulu, saya sangat bahagia dengan Al-Quran. 

Setiap malam saya sangat tertunggu-tunggu waktu maghrib kerana pada masa itu lah saya akan berjalan kaki seorang diri menuju ke surau yang berdekatan untuk menyambung pengajian Al-Quran yang terhenti semalam.

Masya-Allahu laa quwwata illa billah.. 

Lihat betapa 'tricky'-nya Allah dalam 'mendapatkan' semula kesetiaan hamba-hamba Nya. 

Bayangkan jika seminar 'tenang' itu menggunakan istilah-istilah Islamik seperti 'Al-Quran', 'tadabbur', 'alam barzakh', 'padang mahsyar' dan sebagainya sebagai tajuk seminar, saya pasti hanya manusia soleh dan solehah sahaja yang akan hadir dan saya bukan lah salah seorang daripada mereka pada ketika itu.

Hasil daripada Time Travel itu, saya mula membuka semula helaian-helaian mushaf Al-Quran yang sudah lebih 10 tahun ditinggalkan. Saya cuba membaca setiap kalimah Arab-nya dan tanpa sedar, terbit lah suatu perasaan rindu yang membuak-buak. Semakin dibaca, semakin tidak terbendung rasa rindu itu.

Tidak dapat saya gambarkan betapa syukurnya saya kerana saya masih boleh membacanya dengan tajwid yang agak bagus. Namun, ketika membaca tafsirannya, saya merasa kosong, seolah-olah sedang membaca buku Sejarah atau buku Sastera yang membosankan. Lalu, terdetik lah di hati..

"Alangkah bagusnya jika saya faham apa sebenarnya mesej yang terkandung di dalam setiap ayat di dalam kitab ini. Saya sangat-sangat perlukan guru tafsir!"

Masya-Allah.. benar lah kata para agamawan. Doa-doa yang terkait dengan ibadah adalah doa yang paling cepat Allah makbulkan.

Kudratullah, selepas insiden ini lah saya ter-'reunion' semula dengan junior saya di sekolah agama dulu, Ustazah Marhamah Rosli. 

Saya mula ketagih mengikuti kelas-kelas dan seminar-seminar beliau yang mengajak manusia kembali hidup berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Untuk sentiasa sabar dan syukur dalam setiap ujian dan nikmat kerana dari situ lah lahirnya ketenangan sebenar.

Ketagihnya saya dengan Al-Quran sehingga tidak ada satu pun kelas atau seminar anjuran Ustazah Marhamah yang tidak saya hadiri.

Kemudian, setiap hari saya dengar pula rakaman video Tadabbur Al-Quran Ustaz Syaari Abdul Rahman yang ada di YouTube. Setiap pengisian yang menarik dan bermanfaat akan cuba saya kongsikan melalui penulisan di Facebook.

Sehingga lah.. 10 Feb 2020, ujian sebenar-benar ujian datang menyentap keimanan ini. 

Apa yang berlaku selepas itu?..

Insya-Allah, cerita perjalanan spiritual saya seterusnya akan saya kongsikan dalam seminar Soul to Soul with Marhamah Rosli. Mudah-mudahan mampu menjadi inspirasi buat yang hadir.

Apapun itu..

Hidup ini memang lubuk ujian kerana hanya melalui ujian, kita berpeluang sampai ke Syurga Allah, bergantung kepada cara kita respon terhadapnya.

Namun, Allah yang Maha Penyayang itu pasti tidak akan menguji hamba-Nya tanpa persiapan yang cukup. Allah sudah bentangkan jalan seluas-luasnya untuk kita buat persiapan, terpulang pada kita mahu memilih jalan yang mana.

Ya.. kita pasti ter-salah pilih jalan. Mistakes make us human. Even dalam Al-Quran pun ada banyak cerita bagaimana para nabi juga membuat kesilapan, namun cepat bertaubat.

Don't be afraid to make mistakes.. dan jangan juga takut untuk mengakui kesilapan itu. Semakin cepat kita akui kesilapan, semakin cepat kita belajar daripadanya. Sombong dan ego mengakui kesilapan did not make us human.. tetapi itu adalah sifat warisan dari Syaitan laknatullah.

It's okay to make mistakes.. selagi kita terus cekal menempuh perjalanan dalam mencari ilmu dan tidak mengulangi kesilapan yang sama. Jika ilmu-ilmu dunia itu masih tidak memuaskan hati mu, cuba lah beralih ke ilmu-ilmu akhirat. Insya-Allah.. di sana pasti ada jawapannya.


Terus terang saya katakan, saya telah menghabiskan hampir 6jam menulis entri yang panjang berjela ini hanya dengan satu matlamat iaitu mahu mengajak seramai mungkin muslimah untuk sama-sama hadir ke seminar Soul To Soul With Marhamah Rosli. 

Memang benar ini adalah seminar pengajian Al-Quran yang mungkin pada anggapan kalian perkara remeh dan membosankan, tapi please.. berilah peluang ini pada diri kalian. Jika seminar-seminar perniagaan, kewangan dan sebagainya telah kalian hadiri.. why not try this one?

Jangan jadi seperti saya dulu, memandang ilmu agama ini mudah dan senang skor exam. Rupa-rupanya 'tahu' dan boleh jawab exam itu tidak memadai. 

Ilmu agama adalah untuk diamalkan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah, bertambah istiqomah pula amalannya sehingga ke akhir hayat dan mengharapkan keputusan 'Syurga' di Hari Pembalasan kelak kerana itu lah result exam kehidupan kita yang sebenar.

Buat kalian yang masih suka merujuk kepada philosophy Barat (seperti saya dulu), saya tidak mengatakan ajaran mereka itu salah 100%. Kebanyakannya memang logik dan ada case study, namun solusinya tergantung. 

Maka, sesiapa yang jadi follower Barat, hidupnya juga akan tergantung, tidak sampai pada tujuan sebenar. Solusi yang sebenar sudah pun dicatatkan di dalam Al-Quran sejak lebih 1400 tahun dahulu. 

Jika kalian sudah khatamkan berpuluh-puluh buku ilmiah hasil tulisan makhluk, ayuh lah kita explore pula Kalam Allah yang hanya setebal 604 muka surat itu.

Pendaftaran seminar ini boleh dirujuk melalui pautan ini:
https://www.facebook.com/100009610866233/posts/2918434371820230/

Saya juga mahu menyampaikan amanah daripada seorang Hamba Allah yang meminta saya mencari 2 orang muslimah yang mempunyai keinginan yang kuat seperti berikut :-

☑️ Tercari-cari tujuan hidup sebenar 

☑️ Mahu menjadi pencinta Al-Quran

☑️ Mahu merasa nikmatnya ibadah dan beramal soleh

☑️ Sanggup berubah dan meninggalkan tabiat buruk 

☑️ Belum pernah hadir mana-mana seminar offline bersama Ustazah Marhamah Rosli

☑️ Mahu hadir seminar Soul to Soul With Marhamah Rosli

☑️ Komited untuk hadir seminar itu di SICC, Kota Kinabalu pada 25 Disember 2021 jam 8am hingga selesai jam 5pm

☑️ Hanya mampu membayar mahar RM 100

Hamba Allah ini hanya mampu infaq 2 tiket sahaja pada harga RM299 per tiket, bakinya RM100 (premium) atau RM300 (vvip) perlu dibayar oleh peserta sendiri sebagai bukti kesungguhan mereka untuk hadir ke seminar ini.

Cepat-cepat, seat terhad untuk 60 orang saja. Hubungi saya untuk mendapatkan tiket infaq ini:
https://www.wasap.my/601126257901/TiketInfaqSoulToSoul

Wallahu 'alam..

Update Terkini (1/12/2021):

Alhamdulillah.. 2 tiket infaq sudah berpunya. Semoga semua sahabat dipermudahkan hajatnya untuk sama-sama menimbah ilmu melalui seminar ini. Amiiin amiin ya mujib..

Post a Comment

0 Comments