Menghafal Al-Quran ini macam-macam rasa dan perasaan ini datang secara berperingkat dan berkitar semula.
(Fasa 1)
Ketika diri terasa mahu cuba menghafal, rasa takut dan tidak yakin itu normal. Usah kalut cuba mengusir perasaan ini, sebaliknya jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk lebih mencintai Al-Quran.
Mana mungkin Al-Quran itu menakutkan, kan?
Cari guru, betulkan tajwid.
Masuk kuliah tadabbur Al-Quran.
Kalau dulu, baca 1 muka sehari.
Sekarang, usahakan 1 juzuk sehari.
Usahakan khatam Al-Quran setiap bulan.
Insya-Allah, rasa tidak yakin itu akan mula memudar. Malah, hidup mula terasa kosong tanpa alunan ayat-ayat Al-Quran dan dari situ lah timbul rasa..
"Alangkah bestnya kalau dapat baca beberapa ayat Al-Quran tanpa mushaf di tangan".
(Fasa 2)
Bila sudah mula menghafal, pasti timbul rasa teruja bila mendapati rupa-rupanya menghafal Al-Quran itu prosesnya mudah. Diri jadi ketagih mahu terus menambah koleksi hafalan.
Masya-Allah.. sedar tak sedar, hafalan semakin bertambah. Kini, 60min tidak lagi cukup untuk mengulang semuanya.
(Fasa 3)
Mula timbul rasa risau..
"Macamana kalau tak sempat ulang yang ini? Esok nanti tak lancar pula".
Setiap hari, setiap waktu, dihantui persoalan dan kerisauan yang sama sehingga lupa, sebenarnya ada banyak lagi persoalan hidup yang tak sempat difikirkan 😅
Jam 11am, orang lain sibuk, "Nak masak apa untuk makan tengahari?"
Sedangkan dia, "Lepas makan tengahari mesti mengantuk. Perlu setelkan dulu target hafalan sebelum makan".
Jam 8pm, orang lain sibuk, "Nak nonton cerita apa malam ni?"
Sedangkan dia, "Kena setelkan target hafalan sebelum tidur".
Nafsunya terpaksa diikat seketat-ketatnya.
Sakit ya sakit.. itu lah mujahadah.
(Fasa 4)
Pada peringkat ini lah ramai yang mula rasa teruji.
Nafsu sentiasa cari peluang untuk mengakali..
"Rehat lah dulu. Semalam kan dah ulang banyak".
"Cukup banyak dah tu berbanding orang yang tiada hafalan langsung".
Kalau sebelum ini, diri mampu menjawab semua pujukan nafsu. Namun, kali ini, diri jadi speechless, tidak mampu menidakkan, tidak juga setuju untuk mengiyakan.
Kerana speechless itu lebih baik daripada mengiyakan nafsu, kan? Tidak mungkin nafsu itu pernah berkata benar.
Jika diri mengiyakan nafsu, maka itu lah Fasa 5. Fasa yang kita tak mahu iaitu fasa "syahid" 😔
Perasaan ini sebenarya hanya berkitar semula. Itu normal jika selepas Fasa 4, diri kembali ke Fasa 1. Takut, tidak yakin untuk meneruskan hafalan, namun jangan biarkan diri tenggelam
Terus lah mengulang setiap hari, ikut kemampuan. Buatkan jadual penggiliran agar setiap ayat mendapat hak mereka masing-masing.
Pada peringkat ini, diri bukan mahukan kelancaran. Sebenarnya, diri sedang menambah kekuatan dari serangan nafsu yang sudah lama ditahan-tahan.
Bila bentengnya sudah kuat, Insya-Allah rasa teruja mahu menambah hafalan baru itu pasti datang lagi mengetuk pintu hati. Excitednya sama seperti Fasa 2 dahulu 😍
Nampak, kan?
Ia hanya lah mainan perasaan yang berkitar semula. Sebenarnya, tak salah pun kadang-kadang kita menangkan nafsu yang mahukan rehat dan hiburan, namun tetapkan hadnya. Biar dia tahu, who is the boss? 😉
Alhamdulillah.. sebenarnya saya happy ramai sahabat sudah mula berjinak-jinak dengan hafazan Al-Quran. Namun, dalam masa yang sama, tertanya-tanya juga apa khabar sahabat-sahabat yang sudah lama tidak menambah hafalan baru?
Semoga tulisan ini bermanfaat untuk semua.
Ayuh terus istiqomah menjadi pencinta Al-Quran 🤗
0 Comments