"Kenapa bila tahsin, boleh saja baca lancar dengan kesalahan tajwid yang minima. Tapi, bila sudah hafal, tajwid berterabur?".
Ini lah soalan yang timbul di fikiran, selepas bulan kedua saya memantau progress hafalan si anak sulung. Rupa-rupanya, melalui hafazan, baru lah terbongkar semua di mana kelemahan tajwid kita.
Baru saya faham kenapa para Al-Hafiz mengatakan bahawa ilmu hafazan adalah kunci kepada segala ilmu.
Maka, sangat tak masuk akal jika seseorang itu mahu menghafal Al-Quran tetapi tidak mahu mengenal dan menguasai hukum-hukum tajwid.
Dan, sangat bahaya jika seseorang itu menghafal Al-Quran tetapi tidak berguru dengan guru yang pakar dalam bidang tersebut.
Seorang guru hafazan yang sebenar, beliau bukan sahaja menyemak kelancaran hafalan pelajar tetapi juga mampu membetulkan kesalahan tajwid pada bacaan itu.
Persoalannya, bagaimana nak dapatkan hafalan dengan tajwid yang sempurna?
- Tahsin dengan guru, kenalpasti dan tandakan semua tempat yang ada kesalahan tajwid.
- Ulang baca dan perbaiki kelemahan itu. Yang dengung, pastikan cukup 2 harkat. Yang bertanda ombak ( ٓ ), pastikan cukup 4/5/6 harkat. Huruf tebal pastikan tebal, begitu juga yang tipis. Ulang ulang ulang, sampai perfect!
- Bila mengulang, hadirkan tenang dan sabar. Tak perlu tergesa-gesa membacanya. Lidah kita masih keras, masih belum fasih berbahasa Arab.
- Dengan mengulang-ulang ayat itu sehingga dapat bacaan yang paling perfect, sedar tak sedar kita sudah pun hafal sebahagian darinya.
- Hanya bila bacaan sudah perfect, baru lah mula menghafal. Jika bacaan kita perfect, pasti hafalan kita juga perfect. Begitu lah sebaliknya.
- Sudah hafal, tasmik lah depan guru.
Masya-Allah.. Indahnya dunia para penghafal Al-Quran 🥰
Mereka tiada kerisauan lain selain memikirkan hafalan yang belum sempat diulang. Bukan kerana mereka tidak diuji dengan masalah keluarga, kesihatan, kewangan dan sebagainya.
Tetapi kerana Nur Al-Quran yang melekat pada hati mereka menjadikan semua masalah itu terlihat kecil dan mudah saja diselesaikan.
Maka, benar lah. Ilmu hafazan adalah kunci segala ilmu.
"Jika hafalan mu benar, semakin banyak hafalan mu, semakin lapang dada mu, sehingga tidak ada satu pun masalah di dunia ini yang bisa menggoncang hati mu".
Ayuh kawan-kawan.. sama-sama kita terus semangat menambah koleksi hafalan kita dengan tajwid yang betul. Semoga Al-Quran bisa menjadi pembela kita di akhirat nanti dan bukannya menjadi pendakwah kita kerana banyaknya haq-haq huruf yang tidak kita tunaikan.
Laa hawla wala quwwata illa billah 😍
0 Comments